Home VideoInspirasi Bantu Anak-Anak Anda Untuk Belajar

Bantu Anak-Anak Anda Untuk Belajar

by Cikgu Yaser

Assalamualaikum..Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, kita masih berada disini. 

Tahun 2020 menjadi saksi penularan pandemik Covid-19 telah menyebabkan seluruh dunia merasai kesannya dari segi kesihatan awam, ekonomi, keselamatan dan juga pendidikan. Bagi bidang pendidikan, sekolah terpaksa terpaksa ditutup, murid-murid terpaksa belajar di rumah. Guru-guru terpaksa mengajar secara dalam talian yang mana begitu asing bagi kebanyakkan guru-guru. Ibu bapa terpaksa menjadi guru di rumah yang mana saya akui merupakan tugas yang mencabar. Namun kita sama-sama menempuhinya dengan sabar.

Atas sebab itu, disini saya kongsikan cara membantu anak-anak kita untuk belajar pada masa yang mencabar ini. Menjadi pembimbing kepada anak-anak akan memberi pengaruh yang besar kepada pencapaian mereka. Ibu bapa perlu mengadaptasi perkara-perkara berikut demi anak-anak.

 

1. Sikap

  • Mengajar anak sendiri pastinya mencabar, tetapi dengan sikap yang betul, pasti akan membantu anda. 
  • Kekal tenang, berfikiran positif dan tidak meninggikan suara. 
  • Elakkan membandingkan anak dengan pengalaman belajar orang lain. 
  • Tekankan kepentingan belajar kepada anak-anak supaya mereka kekal fokus dan berminat untuk belajar.

2. Kaedah Pembelajaran

  • Ibu bapa yang sudah lama meninggalkan alam persekolahan pasti mempunyai kaedah pembelajaran yang berbeza dengan masa kini.
  • Ibu bapa boleh membantu murid-murid untuk belajar menggunakan kaedah yang betul dapat membantu anak-anak untuk faham dengan lebih mudah.
  • Kini banyak sumber menyediakan kaedah belajar yang betul selari dengan Kurikulum terkini. Sebagai contoh, ibu bapa boleh mendapatkan maklumat ataupun kaedah pembelajaran yang betul melalui aplikasi (youtube,facebook) , laman web pendidikan dan  e-learning yang sesuai.

3. Belajar bersama-sama

  • Belajar bersama-sama akan jadi lebih menyeronokkan dan produktif. Ia juga boleh merangsang sifat inkuiri anak-anak. 
  • Dengan berkongsi pengetahuan dengan orang lain,  ia akan menjelaskan buah fikiran mereka dan pada masa yang sama menyelitkan konsep dan kaedah yang digunakan.
  • Proses penerangan juga dapat jalan penyelesaian atau membetulkan miskonsepsi yang tertanam dalam minda anak-anak.  
  • Berkongsi idea akan mencetuskan idea-idea baru dan ini akan membantu anak-anak berfikir secara kreatif. 
  • Anak-anak bukan sahaja memperoleh ilmu, malah sudut pandang yang berbeza dan boleh menguasai ilmu berfikir secara kritis.

4. Maklum balas

  • Maklum balas sangat penting untuk membantu murid-murid kekal bermotivasi dengan  memberi maklum balas yang membina. 
  • Pujilah mereka dan katakanlah kepada mereka masih ada ruang untuk maju dalam pelajaran. 
  • Kaedah sandwich sangat sesuai digunakan iaitu bermula dengan komen yang positif kemudian tunjukkan ruangan untuk penambahbaikan.
  • Fokus kepada isu utama dan spesifik kepada satu-satu isu. Anak-anak tidak mahu dibebankan dengan senarai yang panjang. 
  • Akhir sekali sebaiknya berilah komen komen yang positif pada akhir perbincangan sebagai penutup kepada kaedah ini.

Saya mengharapkan perkongsian ini dapat membantu ibu bapa dalam mendidik anak-anak yang berada di rumah. Anggaplah ujian yang dihadapi sebagai peluang untuk kita mencurahkan kasih sayang kita kepada anak-anak kita. Selamat beramal. Terima kasih…

Related Videos

Leave a Comment